2 Banduan Indonesia Loloskan Diri Di Johor Akhirnya Ditemui Dalam Keadaaan Lemah & Kelaparan

12 Apr 2023 • 3:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, heboh mengenai pihak polis mencari dua banduan Indonesia yang didapati meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow memberitahu, kedua-dua tahanan tersebut dikenali sebagai Riki Rinaldi dan Samirudin.

Difahamkan, kedua-dua tahanan telah membuka gari berantai dan pintu belakang van sebelum lari ke dalam kebun kelapa sawit terbiar Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang berhampiran jambatan kereta api.

“Suspek bersama dua lagi tahanan warga Indonesia sebelum itu, dibawa ke Mahkamah Kota Tinggi pada jam 8 pagi, bagi pertuduhan tidak mempunyai pas dan dokumen yang sah masuk ke negara ini.

Kesemua tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan ke Penjara Ledang, dua tertuduh telah membuka gari dan pintu belakang van sebelum melarikan diri ke dalam kebun kelapa sawit terbiar,” katanya.

Pun begitu, sumber daripada wartawan @redzuanNewsMPB memberitahu kedua-dua banduan itu tadi telah ditangkap dan dijumpai dalam keadaan lemah serta kelaparan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.