2 bas meletup, 30 maut serangan Russia

9 Oct 2026 • 10:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 2 bas meletup, 30 maut serangan Russia

KYIV  – Ukraine menuduh Russia sengaja menyasarkan orang awam selepas 30 orang terbunuh apabila dua buah bas meletup di bandar barisan hadapan Kramatorsk, dalam salah satu serangan paling berdarah oleh Moscow sejak beberapa minggu lalu.

Presiden Volodymyr Zelensky berikrar serangan itu ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’ selepas gambar dimuat naik pihak berkuasa tempatan menunjukkan rangka bas yang rentung, dengan mayat dan serpihan bertebaran di jalan raya.

“Russia cuba memusnahkan semua kehidupan di rantau  Donbas dan dunia mesti bertindak,”  kata  Zelensky di platform Telegram sambil memberi amaran bahawa jumlah kematian mungkin meningkat.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio turut  memberi amaran bahawa kebuntuan selepas hampir lima tahun perang  Russia-Ukraine tercetus adalah ‘sangat berbahaya’  dan boleh membawa kepada peningkatan konflik.

Serangan di Kramatorsk berlaku sehari selepas lima kanak-kanak menjadi antara 22 orang yang terkorban apabila peluru berpandu Russia mengenai blok pangsapuri lima tingkat di Pryluky, wilayah Chernigiv di utara Ukraine

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan bahawa lebih  17,000 orang awam terbunuh sejak perang meletus tetapi menyatakan, angka kematian  sebenar adalah jauh lebih tinggi. – AFP

 

The post 2 bas meletup, 30 maut serangan Russia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved