2 Beradik Jatuh Longkang: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Belum Dijumpai

5 Dec 2025 • 11:00 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang daripada dua beradik yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Taman Prima Saujana, Kajang ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

“Kanak-kanak lelaki itu ditemukan tidak sedarkan diri di Sungai Kantan dan diberikan bantuan kecemasan pada 7.47 malam sebelum dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

“Tapi sedihnya, dukacita saya maklumkan pada 10 malam tadi, beliau telah disahkan meninggal dunia,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof.

image is not available
image is not available

Sementara itu, operasi SAR masih diteruskan bagi menjejak abang mangsa berusia 14 tahun yang masih belum ditemukan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, SAR remaja lelaki itu dilakukan dalam radius kira-kira lima kilometer (km) daripada lokasi mangsa dikatakan terjatuh sehingga ke muara Sungai Langat.

Menurut laporan, sebelum kejadian itu, kanak-kanak lelaki itu dan abangnya sedang bermain bola bersama beberapa rakan lain di padang berhampiran perumahan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.