2 Beradik Tak Sempat ‘Puaskan’ Nafsu Selepas Hotel Diserbu Jabatan Imigresen Malaysia

1 Aug 2024 • 3:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, pihak berkuasa antaranya seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerap menjalankan operasi bagi membanteras salah laku yang berlaku di negara ini.

Ia merupakan salah satu usaha dalam menyelesaikan masalah atau isu yang sering timbul akibat perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

Tidak Sempat Berbuat Apa-Apa Selepas Hotel Diserbu

Semalam (31 Julai), dua beradik dicekup oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka ketika bersama-sama melanggan wanita dengan bayaran RM250 seorang di sebuah hotel bajet di sekitar Melaka Raya.

Kedua-dua lelaki berkenaan dicekup dalam satu serbuan yang dilakukan oleh JIM Melaka pada jam 9.30 malam semalam.

Lelaki yang masing-masing berusia 30 dan 31 tahun itu dan berasal dari Pahang mendakwa tidak sempat melampiaskan nafsu selepas serbuan dilakukan terhadap bilik yang didiami oleh mereka.

Langgan Wanita Melalui Aplikasi WeChat

Menurut lelaki yang merupakan seorang abang, tempahan itu diuruskan oleh dirinya sendiri melalui aplikasi WeChat.

Tempahan tersebut termasuklah perkhidmatan untuk adiknya yang berada di bilik berlainan dan tingkat yang sama hotel berkenaan.

“Saya tidak pernah berbual dengan mana-mana individu, hanya melalui pesanan mesej WeChat dan diberitahu lokasi, masa dan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

“Kami baru sahaja sampai pada pukul 9.30 malam tadi, saya pun tidak sempat berbuat apa-apa sebelum tiba-tiba bilik diserbu penguat kuasa. Rasa menyesal, memang sangat menyesal,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Kedua-dua lelaki berkenaan yang bekerja sebagai mekanik itu diberikan borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) bagi membantu siasatan.

Serbuan Dijalankan Di Lima Lokasi Sasaran

Dalam pada itu, Pengarah JIM Negeri Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini mendedahkan serbuan itu dilakukan di bawah Op Dandan, Op Kutip dan Op Gegar melibatkan lima lokasi sasaran di sekitar Jasin dan Melaka Tengah.

“Sepanjang operasi bermula pukul 3 petang sehingga 2.30 pagi tadi, kita telah menahan 13 warga asing termasuk seorang lelaki Pakistan serta India di sebuah kedai gunting rambut di Jasin, manakala 11 lagi di tiga buah hotel bajet di sekitar Melaka Raya.

“Seramai sembilan wanita ditahan masing-masing tiga warga Indonesia, Thailand dan Vietnam disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran. Ketika ditahan dua daripadanya sedang melayani lelaki tempatan yang juga adik-beradik,” katanya.

Jelas Anirwan, kesemua mereka yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak mempunyai permit sah serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas,permit atau pas sempadan.

Source: