Laporan Manulife Asia Care Survey Mendapati Rakyat Malaysia Mementingkan Kesihatan Jangka Panjang

TechnologyDigital
30 Jul 2024 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Manulife, salah satu syarikat insurance kesihatan dan hayat yang terkemuka di Malaysia baru-baru ini telah memperlihatkan sebuah tinjauan baru yang dinamakan Manulife Asia Care Survey yang memberi gambaran kepada tingkah-laku, sentimen dan keutamaan yang diberikan oleh rakyat Asia Pasifik terhadap langganan insurans di negara-negara seperti Malaysia, Singapura, China, Jepun, Filipina dan Vietnam.

Laporan Asia Care Survey tahun ini memberi gambaran terhadap beberapa aspek kehidupan yang dititikberatkan sekarang dan untuk 10 tahun akan datang, termasuklah kesihatan, kewangan dan bagaimana mereka mengharungi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Untuk pasaran Malaysia, seramai 1038 rakyat menyertai tinjauan ini, dan rata-rata ramai daripada mereka yang sedar akan kepentingan kesihatan dan juga mempunyai asas kewangan yang kukuh. Malah, menurut MyFuture Readiness Index, ia dilihat bahawa tahap kesediaan yang dimahui kesihatan fizikal, mental dan kewangan tidak jauh daripada tahap kesediaan sedia ada.

image is not available

Tiga cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia berkaitan tahap kesediaan ini termasuklah kos sara hidup yang semakin meningkat, keadaan ekonomi yang semakin menurun dan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat. Untuk rantau ini, tinjauan Asia Care Survey mendapati bahawa orang ramai sangat risau mengenai tiga jenis penyakit, iaitu sakit jantung (55%), diabetes (48%), kanser (48%) dan strok (41%).

Untuk kemaslahatan jangka masa panjang, para peninjau mengatakan pelan kewangan jangka masa panjang mereka adalah untuk memastikan bahawa mereka bebas dari hutang (39%), mempunyai simpanan wang untuk masa susah (38%), kebebasan kewangan (34%) dan pendapatan pasif apabila mereka bersara kelak (32%) dan mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar penjagaan kesihatan di masa tua.

Apabila ditanya soalan apakah aspek hidup yang paling diberi perhatian untuk 10 tahun akan datang, 36 peratus daripada peninjau mengatakan bahawa kesihatan fizikal adalah aspek yang paling penting, diikuti oleh aspek kewangan (34%) dan kesihatan mental (30%).

Menurut Vibha Coburn, CEO Manulife Malaysia, laporan tinjauan ini akan membolehkan Manulife untuk memperkenalkan pakej dan polisi insurans baru yang lebih berpadanan dengan kehendak dan kemampuan pelanggan mereka.