2 cara mudah pindah gambar Raya iPhone masuk ke PC

Digital
28 Apr 2023 • 11:02 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda ada banyak gambar Hari Raya 2023 yang ingin dikongsikan? Adakah storan iPhone anda dah penuh dengan gambar swafoto, gambar makanan, dan gambar saudara mara. Ini adalah cara untuk pindahkan gambar ataupun video anda kepada PC.

Artikel ini lebih ditumpukan kepada komputer yang menjalankan Windows berbanding MacOS kerana di MacOS, caranya lebih mudah dengan bantuan AirDrop.

1. Guna kabel USB yang dibekalkan

Cara paling mudah dan tak perlu sambungan Internet adalah dengan memanfaatkan kabel USB-ke-Lightning yang dibekalkan kepada anda di dalam kotak. Jangan risau, ia juga boleh digunakan pada komputer yang menjalankan sistem operasi Windows.

image is not available

Sambungkan telefon dengan komputer menggunakan port USB. DI telefon, akan ada satu notifikasi bertanyakan sama ada anda ingin memberi akses kepada komputer kepada album gambar anda. Tekan saja "Trust".

image is not available

Kemudian, di komputer pula, pergi ke File Explorer, sepatutnya akan ada ikon iPhone anda di bahagian sisi tetingkap. Tekan ikon itu untuk mula melihat gambar-gambar anda. Sistem iPhone akan secara automatik mewujudkan folder mengikut tahun dan bulan.

image is not available

Seperti dalam gambar contoh, 202204_ bermaksud ia adalah himpunan gambar yang diambil dalam bulan April 2022. Cari gambar yang anda ingini dan pindahkan ke dalam komputer anda seperti biasa.

2. Guna aplikasi permesejan Telegram

Kaedah kedua ini memerlukan sambungan Internet tapi berita baiknya, anda tak perlukan kabel USB dan perpindahan berlaku secara wayarles. Pastikan anda dah log masuk akaun Telegram anda iPhone dan di komputer anda.

image is not available

Bila dah log masuk, cari bebenang chat bernama Saved Messages dan anda boleh hantar apa-apa sahaja gambar dan video ke sana dan ia akan muncul di Telegram versi komputer anda. Sewaktu menghantar, anda bolehlah arahkan sistem untuk menghantar versi asal awan jika tidak mahu media yang ingin anda hantar itu dimampatkan dan hilang resolusinya.

Sebenarnya, kaedah ini boleh saja digunakan di mana-mana aplikasi permesejan asalkan ia benarkan kita melog masuk ke dua peranti secara serentak dan juga ada fungsi tidak memampatkan fail yang dihantar.