Segar Dan Sedap, Ini 4 Resipi Mocktail Ringkas Untuk Hidangan Raya Anda

22 Apr 2023 • 11:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Boring nak hidangkan air sirap?

Segar Dan Sedap, Ini 4 Resipi Mocktail Ringkas Untuk Hidangan Raya Anda. Jika anda merancang untuk membuat rumah terbuka untuk perayaan ini, anda mungkin perlu menyediakan beberapa makanan dan minuman untuk dihidangkan kepada tetamu anda.

Jika anda sedang mencari idea tentang minuman yang hendak dihidangkan kepada tetamu anda, berikut ialah 4 mocktail yang boleh anda boleh consider untuk buat – part bestnya, minuman-minuman ni mudah je dibuat!

image is not available
Segar Dan Sedap, Ini 4 Resipi Mocktail Ringkas Untuk Hidangan Raya Anda

Fizzy Fruit Punch

Mungkin antara hidangan mocktail popular di kalangan warga Malaysia, terdapat pelbagai cara untuk membuat minuman ini tetapi yang penting sekali mesti ada buah-buahan!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air ini adalah seperti berikut:

  • 200ml sirap
  • 3 liter Sprite (atau 7-Up, bergantung dengan pilihan anda)
  • 3 liter ais skrim soda
  • 200ml air sirap oren (Sunquick adalah preferred)
  • 2 lemon besar
  • 2 oren besar
  • ais

Yang pertama, potong nipis buah oren dan lemon. Kemudian, campur air Sunquick dan sirap dalam satu jag besar dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, tambah air Sprite atau 7-Up anda serta air ais krim soda dan kacau. Akhir sekali, masukkan oren, lemon dan ais.

image is not available
Kredit: butterkicap

Blue Ocean

Apa yang mungkin menarik tetamu anda kepada mocktail ini ialah warnanya. Sesuai dengan namanya, minuman ini mengeluarkan warna biru yang menyerlah – tetapi jangan risau, ia pasti selamat untuk diminum!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air ini adalah seperti berikut:

  • Air sirap oren (Sunquick adalah preferred)
  • 1 botol besar Mountain Dew Blue Shock
  • Nata De Coco
  • Biji selasih
  • Ais

Sebelum lanjut, rendamkan biji selasih dalam air panas sehingga kembung. Dalam jag berasingan, masukkan beberapa sudu oren Sunquick dan kemudian nata de coco. Lepas itu, tuangkan air Mountain Dew Blue Shock ke dalam campuran dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan biji selasih yang sudah kembung tadi dan ais ke dalam campuran.

Calamansi Mocktail

Tidak dikelirukan dengan versi popular minuman ini, versi mocktail ini 100% bebas arak! Pada asasnya, cara membuat mocktail ini adalah serupa dengan versi popular tetapi versi ini langsung tidak termasuk minuman arak. Oleh kerana minuman ni sangat minty, tetamu anda pasti akan berasa segar minum mocktail ini!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air ini adalah seperti berikut:

  • Air sirap calamansi
  • 1 botol minuman Sprite (atau 7-Up, bergantung dengan pilihan anda)
  • Beberapa ketul asam boi
  • Limau purut
  • Daun pudina (tidak wajib)
  • Ais

Masukkan ais ke dalam satu jag besar. Kemudian, campurkan air sirap Calamansi dan minuman Sprite / 7-Up dalam jag tersebut. Lepas itu, letakkan limau purut dalam campuran dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan ketul asam boi dan hiaskan dengan daun pudina.

image is not available

Sirap Bandung Soda

Minuman sirap bandung ni boleh dianggap sebagai salah satu minuman popular pada musim Raya. Kali ini pula, minuman ikonik ini dinaik taraf lagi dengan kegunaan ais krim soda – menghasilkan mocktail sirap bandung versi fizzy!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air ini adalah seperti berikut:

  • 500ml sirap
  • 720 susu sejat
  • 1 botol besar ais krim soda
  • 500ml air
  • Ais

Yang pertama, campurkan sirap dan susu sejat dalam satu jag besar dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan air dan kacau lagi. Selepas itu, masukkan ais dan kacau. Akhir sekali, masukkan ais krim soda dan kacau. Jika minuman itu terlalu manis, tak perlu masukkan air kerana ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan kemanisan mocktail tersebut.

image is not available
Kredit: Resepi Cheff

Lagi resipi menarik di sini: