2 Hilang Bot Karam Di Sungai Rajang

17 Jun 2024 • 8:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lokasi kejadian bot karam di Jeram Menjawah, Sungai Rajang - Gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Dua lelaki dilaporkan hilang, manakala  manakala tiga lagi terselamat dalam kejadian bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, Sarawak petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang disahkan hilang dikenali sebagai Balavishnu Permaloo, 36 dan Rhuban Apparoo, 30.

Menurut beliau, kedua-dua mereka berasal dari Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.

“Identiti dan maklumat lanjut mengenai tiga lagi mangsa yang terselamat masih belum diketahui.

“Laporan mengenai kejadian diterima pada jam 4.33 petang semalam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga segera ditugaskan ke lokasi,” katanya.

Jelas jurucakap itu, lokasi kejadian terletak sekitar 31 kilometer dari BBP tersebut.

“Berdasarkan maklumat awal diterima, lima pekerja Syarikat Clinroom Industri Sdn Bhd iaitu syarikat penyelenggara Empangan Bakun telah pergi bersiar-siar di Jeram Menjawah dengan menyewa bot milik penduduk kampung.

“Bot berkenaan yang dikemudi Robert Jaang iaitu penduduk Rumah Panjang Apan karam disebabkan arus deras di jeram itu,” katanya.

Jurucakap tersebut memberitahu, jurumudi bot berusaha menyelamatkan kesemua penumpang namun Balavishnu dan Rhuban hilang dihanyutkan arus.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan bersambung pagi ini. - Getaran, 17 Jun 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved