Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga

17 Jun 2024 • 11:13 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SIBU: Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang Ahad (Jun 16).

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mangsa yang hilang ialah Balavishnu Permaloo, 36, serta Rhuban Apparoo, 30, dan kedua-duanya adalah lelaki serta berasal dari Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.

Beliau berkata maklumat dan identiti tiga lagi mangsa yang terselamat belum diperoleh setakat ini.

Menurut pusat itu, sebaik panggilan mengenai kejadian itu diterima pada 4.33 petang pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga dengan kekuatan lima anggota dan jentera telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira 31 kilometer.

“Mengikut maklumat awal seramai lima pekerja Syarikat Clinroom Indusrti Sdn Bhd yang juga syarikat penyelenggara empangan Bakun telah menyewa bot daripada penduduk kampung untuk bersiar-siar di sekitar Jeram Mejawah, Belaga yang dikemudi oleh Robert Jaang (penduduk Rumah Apan).

“Semasa kejadian, bot yang dinaiki karam disebabkan arus deras di Jeram Mejawah. Jurumudi bot berusaha menyelamatkan kesemua penumpang namun dua penumpang dihanyutkan arus deras,” menurut kenyataan itu di sini, malam ini.

Sebaik selesai mengumpul maklumat dan memantau keadaan di lokasi, pasukan bomba bergerak balik ke balai dan operasi ditangguhkan pada 6.30 petang manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan disambung esok pagi bersama agensi lain yang berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved