Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menunjukkan dua orang pempengaruh lelaki menyertai sesi kelas pilates bersama dua rakan wanita mereka yang sedang hamil.
Namun begitu, ia bukanlah sesi pilates biasa tetapi pilates pranatal (prenatal pilates) yang dikhaskan buat golongan wanita mengandung bagi meningkatkan kekuatan otot mereka.
Influencer Lelaki Kelihatan Penat Lakukan Senaman Pilates
Menerusi video tersebut, kelihatan kedua-dua influencer itu mengah dan kepenatan semasa mengikuti arahan jurulatih ketika melakukan regangan dan pergerakan pilates.
Tiada Peserta Lain Sertai Kelas Pilates Dipercayai Sesi Pilates Peribadi
Meskipun tiada maklumat lanjut, namun sesi pilates tersebut dilihat sesi peribadi (private) memandangkan tiada peserta lain dilihat di sana.
Bagaimanapun, video tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen yang mana rata-rata daripada mereka tidak bersetuju apabila golongan lelaki menyertai aktiviti yang dikhaskan buat golongan ibu hamil ini.
‘Bawa Lelaki Pergi Pilates Pranatal, Kawan Perempuan Dah Pupus Ke?’ – Netizen
Menurut seorang pengguna Threads dikenali sebagai Nara, orang ramai tidak wajar menormalisasikan mengajak rakan lelaki untuk menyertai aktiviti bagi wanita itu selain berkata ibu-ibu hamil berkenaan sepatutnya membawa rakan yang sama jantina ke pilates terbabit.

“Berhenti Jadi Enabler” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan pandangan Nara mengenai isu itu.
“Allahuakbar! Berhenti jadi enabler untuk orang macam ni. Kelas pranatal bawa lelaki? Apa-apa sekali pun diorang (influencer) tetap lelaki,” kata seorang wanita.
“Saya tak tahu apa wanita ni (dua wanita hamil) ni rasa. Tapi apa yang saya pasti, saya akan rasa tidak selamat kalau ada lelaki masa saya buat senaman pilates macam ni,” tambah seorang lagi pengguna Threads.
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Senaman Trendy, Ini Kebaikan Pilates Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Netizen Kongsi Pengalaman Adik Perempuan Tak Selesa Pergi Kelas Pilates Sebab Ada Lelaki Berpakaian Wanita
Selain itu, ada juga individu yang berkongsi pengalaman adik perempuannya yang berasa tidak selesa apabila terdapat golongan lelaki yang menyertai kelas pilates yang dikhaskan untuk wanita sebelum ini.
“Adik saya ni jenis jaga aurat. Pakai longgar dan hijab, dia suka pergi pilates sebab semua perempuan. Jadi dia okay (selesa) nak buat regangan apa semua. Tapi sejak belakangan ni, ada lelaki berpakaian wanita (transgender) dari pejabat dia pun langgan pilates juga. Angin la kawan tu (adik) kenapa tiba-tiba ada jantan. Sudahnya kalau ada lelaki tu, dia balik je atau pergi tempat pilates lain,” kongsi seorang lelaki.
Ada sesetengah warganet berkata tidak salah untuk para lelaki menyertai pilates tetapi bukanlah pilates pranatal yang jelas ditujukan khas buat kaum Hawa.
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Kecewa Aurat Terdedah, Dakwa Dua Orang Transgender Masuk Tandas Perempuan Di TBS
Segelintir Individu Beri Pandangan Berbeza
Bagaimanapun, ada juga segelintir individu yang memberikan pandangan sebaliknya. Ada yang bertanya adakah para lelaki tidak dibenarkan untuk menyertai pilates?
“Mereka tempah sesi peribadi. Jadi saya tak nampak apa masalahnya. Sorang tu (salah seorang influencer lelaki) tu bukan Muslim. Ikut dia la nak buat apa. Lelaki tak boleh pilates ke?” soal seorang netizen.
Malah ada pula yang berkata itu adalah urusan mereka sendiri dan netizen tidak sepatutnya menegur di laman Threads.
“Biar la urusan dia. Dia gembira kau pula tersakiti. Jangan guna ayat nak ‘tegur’. Kebanyakan dekat Threads ni bukan nak tegur tapi cari Like dengan menggunakan konten dosa orang lain yang kononnya kau nak tegakkan benda yang betul. Banyakkan doa orang lain daripada merasakan diri tu terbaik,” kata seorang lelaki.
Pilates Sebenarnya Dicipta Oleh Lelaki
Untuk info, pilates sebenarnya dicipta oleh seorang atlet veteran lelaki dari Jerman bernama Joseph Hubertus Pilates. Ia mula diperkenalkan sekitar abad ke-20 sebagai salah satu kaedah senaman untuk memulihkan tentera yang tercedera sewaktu perang dunia pertama.
Meskipun pergerakan antara aktiviti pilates dan yoga kelihatan lebih kurang sama, ia adalah senaman yang berbeza. Namun sama seperti yoga, pilates terkenal dan lebih popular di kalangan kaum wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:









Baca Artikel Berkaitan: Threads Jadi Lubuk Geng Affiliate Sebar Aib & Promote Link Demi Kaut Untung
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Biasakan” – Ramai Tak Setuju Lelaki Berpakaian Wanita Ini Masuk Tandas Perempuan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jaga Ikhtilat, Suami Boleh Halang Isteri Sertai ‘Team Building’ Jika Bercampur Dengan Lelaki – Mufti PP
Baca Artikel Berkaitan: Transgender Pertama Didakwa Di Kelantan Kerana Tukar Jantina

