Kemasukan warga asing ke Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Warganegara Bangladesh dikatakan antara warga asing yang semakin meningkat jumlah kemasukan ke negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara menyatakan kemasukan warga Bangladesh itu kerana sikap masyarakat Melayu itu sendiri yang tidak tahu membuat kerja.
Warga Bangladesh Lebih Kuat Bekerja, Bangsa Melayu Bakal Lenyap- Tun M #MGFlash#malaysiagazette https://t.co/XnfgfypHkA
“Bukan malas, tak nak buat kerja,” katanya.
Jika situasi ini berterusan, bangsa Melayu dikatakan akan lenyap dalam masa 10 tahun mendatang.
Memetik satu laporan, Tun juga menyatakan Melayu akan ditawan dan hilang tanpa perang.
“Ketika ini tiada siapa yang mengambil berat terhadap nasib bangsa Melayu,” katanya.
Susulan itu juga, Tun Mahathir mengharapkan orang Melayu mengukuhkan kembali perpaduan bagi mengekalkan bangsa itu di negara ini.
Sumber: Malaysia Gazette
The post ‘2 juta warga asing masuk, sebab orang kita tak tahu buat kerja’ – Tun Mahathir gesa bangsa Melayu berubah appeared first on The Reporter.

