Warga emas, OKU antara 28 ditahan cuba masuk ke Sabah

22 Jan 2024 • 2:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan 28 individu, termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) buta, dipercayai warga asing yang cuba menyusup masuk ke dalam negara dengan menaiki sebuah bot nelayan, di 10.2 batu nautika utara Tanjung Luk Pisuk, Tuaran, Sabtu lepas.

Pengarah Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata individu berumur 14 hingga 70 tahun itu ditahan pada pukul 5.43 petang selepas radar Sistem Pengawasan Laut Sabah (SWASLA) mengesan bot mencurigakan dari perairan Filipina.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati nama juragan tiada dalam salinan lesen bot selain 12 penumpang mengemukakan dokumen pengenalan diri meragukan, manakala empat penumpang memiliki sijil lahir, serta masing-masing seorang penumpang memiliki kad pengenalan Malaysia dan pas lawatan sosial.

“Baki penumpang lain gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri. Didapati seorang penumpang lelaki berusia 52 tahun buta, dan empat wanita warga emas berusia 55 hingga 66 tahun turut berada dalam bot itu,” katanya dalam kenyataan, Ahad.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Beliau berkata juragan serta penumpang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata pihaknya menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 41 tahun yang didapati membuang lapan tong dipercayai berisi 200 liter diesel bersubsidi ke laut apabila menyedari kehadiran bot peronda, malam tadi.

Beliau berkata pihaknya mengesan sebuah bot mencurigakan pada 8.30 malam tadi, dan bot itu tiba-tiba memecut laju selepas dua lelaki dilihat sedang membuang tong minyak, kemudian terjun ke laut.

“Pada 9.15 malam seorang lelaki diselamatkan di kedudukan 1.38 batu nautika tenggara Tanah Merah di sini, manakala seorang lagi rakannya yang disyaki terlibat dengan kes itu tidak dapat dikesan,” katanya.

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa permit yang sah selain Akta Imigresen 1959/63.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.