2 Kaki Dipotong Akibat Kecuaian Doktor Bedah, Jurutera MBSA Saman Hospital Terkemuka RM55 Juta

16 Apr 2024 • 9:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, seorang jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bernama Isman Ibrahim mendakwa dirinya menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) disebabkan kecuaian doktor bedah di sebuah hospital swasta terkemuka.

Hilang kedua-dua kaki

Susulan kecuaian yang berlaku, kedua-dua kaki Isman terpaksa dipotong dan disebabkan itu, dia memfailkan saman terhadap hospital tersebut di Mahkamah Tinggi.

Saya masuk hospital sebab apendiks tetapi sebab doktor cuai, kaki saya hilang. Prosedur pembedahan tidak berjalan dengan baik apabila doktor menebuk dan mengikat saluran darah utama sehingga menyebabkan kedua-dua kaki menjadi hitam atau gangren.

image is not available

‘Anak-anak menangis lihat keadaan saya’

Kata Isman, sewaktu insiden ini berlaku, isteri sedang hamil anak keempat dan itu menyebabkan dirinya berasa cukup sedih apabila melihat diri sendiri sudah tidak seperti dahulu.

Malah, jurutera terbabit menyorokkan nasib malangnya itu selama 10 hari daripada tiga anaknya yang lain sebelum mereka menangis apabila mengetahui keadaan terkini bapa mereka.

Tidur saya tidak lagi lena sejak lima tahun lalu. Setiap dua hari bermula jam 2 pagi saya akan mengalami kesakitan.

Dalam pada itu, peguam bela Isman iaitu Firhat Muhd Fikri Isman tuntutan saman awal sebanyak RM55 juta dan pemfailan semula untuk kebajikan anak guam terjamin, termasuk mendapat kos sebenar kaki palsu.

image is not available 8 months ago

"Boleh Saman KKM Tak Kalau Macam Ni?" - Bazir Masa, Duit & Tenaga Pindah Ke Sarawak, Nasib Doktor Muda Ini Raih Perhatian