2 Kaki Hilang Sebab Kecuaian Doktor Bedah, Penjawat Awam Tuntut Ganti Rugi RM55 Juta

Entertainment
16 Apr 2024 • 10:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Angkara kesilapan doktor bedah sebuah rangkaian hospital terkemuka di negara ini, seorang penjawat awam menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas kedua-dua kakinya dipotong, lima tahun lalu.

Disebabkan itu, Isman Ibrahim, 41 yang bekerja sebagai penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memfailkan saman terhadap hospital tersebut di Mahkamah Tinggi.

Masuk hospital sebab apendiks

Memetik sumber Berita Harian, Isman menyatakan dia menjalani pembedahan untuk sakit apendiks namun akibat kecuaian doktor bedah, kedua-dua kakinya alami masalah sehingga terpaksa dipotong.

“Saya masuk hospital sebab apendiks tetapi sebab doktor cuai, kaki saya hilang. Prosedur pembedahan tidak berjalan dengan baik apabila doktor menebuk dan mengikat saluran darah utama hingga menyebabkan kedua-dua kaki menjadi hitam atau gangren.

“Hospital itu kemudian memindahkan saya ke hospital swasta lain. Pemeriksaan lanjut menyebabkan kaki saya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa,” katanya.

image is not available

“Anak-anak menangis lihat keadaan saya”

Kata Isman, sewaktu insiden ini berlaku, isteri sedang hamil anak keempat dan itu menyebabkan dirinya berasa cukup sedih apabila melihat diri sendiri sudah tidak seperti dahulu.

Malah, jurutera terbabit menyorokkan nasib malangnya itu selama 10 hari daripada tiga anaknya yang lain sebelum mereka menangis apabila mengetahui keadaan terkini bapa mereka.

“Tidur saya tidak lagi lena sejak lima tahun lalu. Setiap dua hari bermula jam 2 pagi saya akan mengalami kesakitan.”

Dalam pada itu, peguam bela Isman iaitu Firhat Muhd Fikri Isman menyatakan tuntutan saman awal sebanyak RM55 juta dan pemfailan semula untuk kebajikan anak guam terjamin, termasuk mendapat kos sebenar kaki palsu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.