2 Kali Ditangkap Berkhalwat, Ibu Tunggal Jadi Wanita Pertama Di Terengganu Kena Hukuman Sebat

Entertainment
18 Apr 2024 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara ditangkap berkhalwat, seorang ibu tunggal di Terengganu telah menjadi wanita pertama di negeri itu dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Rosdi Harun menjatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 selepas Nurfifi Amira Nawi, 37, mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022.

image is not available

Nurfifi Amira mengaku ada bersama-sama seorang lelaki berusia 40 tahun yang bukan suami dan mahramnya dekat sebuah rumah di Kemaman pada jam 3.15 petang, 31 Januari lepas.

Sebelum ini juga, wanita ini pernah disabitkan bagi kesalahan di bawah seksyen yang sama pada 2018 dan telah dikenakan hukuman denda.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022, kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman maksimum sebatan sebanyak 6 kali, denda RM5,000 atau penjara 3 tahun.

image is not available

Hukuman ke atas Nurfifi Amira yang juga mempunyai seorang anak itu diperintahkan dijalankan pada 6 Mei ini di Penjara Marang jika beliau gagal mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula semalam dan hukuman penjara 8 bulan sekiranya gagal bayar denda.

Hakim juga telah menasihati Nurfifi Amira supaya segera bernikah secara sah mengikut hukum syarak bagi menghindari perbuatan khalwat.

Pada saya, (bagi) penyakit khalwat ubat paling besar adalah nikah yang sah daripada segi hukum syarak.

“Jangan nikah (di) Golok (Thailand). Kamu beri alasan hendak nikah tetapi tindakan tidak ada, jadi ini tidak insaf,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.