2 kenderaan rempuh orang ramai di luar kelab malam, polis buka kertas siasatan

LocalPolitics
30 Jan 2025 • 12:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dua buah kenderaan rempuh orang ramai dipercayai diluar kelab malam sehingga mengakibatkan beberapa individu mengalami kecederaan.

Menerusi video yang tular di platform X, dapat dilihat dua buah kenderaan datang dari tepi bangunan sebelum merempuh orang ramai di hadapan sebuah kelab malam.

https://x.com/annazrulan/status/1884632855390875753

Kenderaan rempuh orang ramai siap patah balik langgar sekali lagi

Tindakan tersebut berjaya dirakam dan tular di media sosial dengan memperlihatkan kenderaan-kenderaan berkenaan berpatah balik dan melawan arus bagi merempuh kumpulan individu yang berada di lokasi tersebut.

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan pihak polis menerima laporan dari saksi kejadian berusia 24 tahun apabila mendakwa melihat sebuah Toyota Hilux dan kereta Toyota Vios dipandu dalam keadaan berbahaya.

“Kenderaan berkenaan melanggar sekumpulan individu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya dua daripada mereka mengalami kecederaan.

“Seorang daripada mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans,” katanya.

image is not available

Kenderaan rempuh orang ramai, dua alami kecederaan

Difahamkan, kereta Toyota Viors berwarna perak itu juga telah melanggar objek lain dipercayai motosikal selepas kedua-dua kenderaan membuat pusingan untuk melanggar kumpulan yang sama.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menyatakan mereka belum lagi menerima sebarang laporan dari mangsa kejadian tersebut.

Polis buka kertas siasatan cubaan bunuh

Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka siasatan kes sebagai cubaan membunuh dan mereka yang mempunyai maklumat boleh terus menghubungi talian holine Polis Kuala Lumpur dan Brickfields.

“Kita membuka siasatan cubaan membunuh berhubung insiden tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi talian hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau hotline Polis Brickfields di 03-2297 9222,” katanya.

image is not available

Perkongsian video berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan dikatakan kejadian tersebut berlaku di Jalan Klang Lama.

Sumber: X annazrulan, Berita Harian (Essa Abu Yamin)