Empat sekeluarga cemas kenderaan terperangkap dalam banjir di Kinabatangan

LocalEnvironment
30 Jan 2025 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

KINABATANGAN: Sebuah kenderaan yang dinaiki sebuah keluarga melibatkan seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak terperangkap dalam kejadian banjir yang berlaku di Kampung Paris 2, Kota Kinabatangan, disini, pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 12.56 tengah malam semalam kemudian tiba di lokasi sejauh 40km dari balai itu pada jam 2.47 pagi bersama lima anggotanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jelasnya, kesemua empat mangsa berjaya dibawa keluar dari kenderaan oleh pasukan Bomba dalam keadaan selamat.

Katanya, operasi yang diketuai Komander Operasi, Ahmad Pramuja Zainadun itu ditamatkan pada jam 7.15 pagi tadi selepas memastikan kesemua mangsa telah diselamatkan.