
TAWAU: Dua pacuan empat roda terbabas ke dalam parit Tanah Perkuburan di Batu 7, Jalan Apas dalam kemalangan sekitar jam 3.30 petang, pada Rabu.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kemalangan itu berlaku ketika seorang lelaki, 33, memandu keretanya dalam perjalanan dari bandar Tawau ke Balung.
Manakala, seorang lagi lelaki, 69, dari arah Batu 15 menuju ke Batu 8, Jalan Apas - kedua-dua lelaki itu masing-masing memandu kereta Isuzu D-Max.
Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu yang dari arah Batu 15, tiba-tiba keluar simpang melalui susur tengah pusingan U.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu D-Max yang berada di jalan lurus melanggar sisi sebelah kereta berkenaan dan mengakibatkan kedua-duanya hilang kawalan lalu berbabas ke parit besar di bahu kiri jalan, menghadap tanah perkuburan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan bagi kedua-dua pemandu.
Jasmin menambah, polis masih meneruskan siasatan kes itu mengikut Peraturan 3(2)(b) LN 166/59.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

