2 Lelaki Terkena Renjatan Elektrik Ketika Curi Kabel Pencawang Elektrik TNB

LocalPolitics
23 Nov 2024 • 8:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua orang lelaki dilaporkan telah terkena renjatan elektrik di Seksyen 6, Shah Alam ketika mereka sedang mencuri kabel pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad atau TNB semalam.

Kejadian terkena renjatan elektrik itu berlaku sekitar waktu tengah hari Jumaat semalam dan kedua-dua lelaki itu difahamkan cedera kerana melecur pada kaki, muka dan tangan.

Kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 31 tahun dan 49 tahun itu kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan, lapor Sinar Harian.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Menurut Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim iaitu Ketua Polis Daerah Shah Alam, laporan tentang kejadian tersebut telah diterima oleh pihak polis setelah dilaporkan oleh pihak TNB.

Kedua-dua suspek itu telah memotong dan mencuri kabel TNB itu di pencawang elektrik di Talian 132KV Bukit Jelutong-Shah Alam Utara di Seksyen 6 setelah mereka menceroboh masuk ke dalam kawasan pencawang itu.

Tindakan kedua-dua suspek lelaki itu bukan sahaja telah menyebabkan kebakaran dan letupan namun gangguan bekalan elektrik juga turut berlaku di kawasan tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan juga, kedua-dua suspek kini berada dalam keadaan stabil di hospital namun masih ditahan di wad.

Kedua-dua suspek juga dilaporkan mempunyai puluhan rekod jenayah lampau.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.