2 Mangsa Tragedi Kepala Air Di Kemaman Layak Terima Pampasan PERKESO

7 Jul 2023 • 3:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
V. Sivakumar berkata hasil pemeriksaan mendapati mangsa tersebut adalah pencarum skim perlindungan dan pihak PERKESO telah mengadakan lawatan ke rumah waris mangsa - Gambar Fail

KUALA TERENGGANU - Dua mangsa yang maut dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman, layak menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar berkata hasil pemeriksaan mendapati mangsa tersebut adalah pencarum skim perlindungan dan pihak PERKESO telah mengadakan lawatan ke rumah waris mangsa.

"Pihak PERKESO akan membuat bayaran dalam masa terdekat (kepada waris)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Myfuturejobs dan SKSSR 2023 di sini, hari ini.

Sabtu lepas, 10 orang termasuk sembilan sekeluarga hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih dan setakat ini sembilan mangsa yang maut telah ditemukan.

Keluarga tersebut berasal dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang, manakala seorang lagi mangsa berasal dari Batu Pahat, Johor. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved