“2 Orang Ni Bantu Saya..” – Ramai Terkejut, Yoo Jaesuk Dedah Hampir Berhenti Sepenuhnya Dari Industri Hiburan

Music
1 Jul 2024 • 10:58 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Yoo Jae-suk memang tidak asing lagi dengan gelarannya sebagai ‘Nation’s MC’ di Korea Selatan.

Namun dalam episod terbaru “Running Man”, Yoo Jae-suk membuka cerita bagaimana dia hampir keluar sepenuhnya dari industri hiburan dan tidak meneruskan kerjayanya sebagai pengacara serta pelawak.

Kongsi lelaki berusia 52 tahun itu,

Sebenarnya, ada masanya saya berhenti kerjaya saya sebagai pelawak dan bekerja di pelayan bar wanita. Tetapi, Kim Yong-man dan Park Soo-hong datang jumpa saya dan menjemput saya ke acara istimewa Chuseok. Jadi, saya membuat kemunculan semula.

Sambung Yoo Jae-suk lagi,

Mereka tak berhenti di situ, mereka mengheret saya dan berkata kita harus melakukannya bersama. Mereka tahu bakat saya.

image is not available

Celah Kim Jong-kook berseloroh,

Ia pasti kerana awak mempunyai hati yang baik, bukan kerana bakat awak.

Mesti Yoo Jae-suk terhutang budi sangat pada Kim Yong-man dan Park Soo-hong kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.