“Dia ibu kandung anak-anak kami” – Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak-anak Kepada Bella

Entertainment
13 Jun 2024 • 5:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, industri hiburan dikejutkan dengan berita perceraian talak satu antara penyanyi Singapura, Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Dalam laporan Kosmo!, pelantun lagu Kalau Cinta itu memberitahu hak penjagaan dua orang anak mereka, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna diberikan sepenuhnya kepada Bella Astillah.

image is not available

“Hak penjagaan anak saya beri sepenuhnya kepada Bella sebab dia adalah ibu kandung kepada anak-anak kami. Kami akan berbaik sahaja demi kepentingan anak-anak kami, insya-Allah.

Saya enggan mengulas perkara itu secara terperinci tetapi apa yang dibincangkan dalam mahkamah ini, itulah keputusannya,” katanya.

Difahamkan, perceraian dua selebriti itu disahkan di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, kira-kira jam 1 petang tadi.

Dalam pada itu, Aliff juga berkongsi dia kini dalam fasa berehat sebentar dalam kerjaya seni bagi mengutamakan kesihatan mental.

Sebagai info, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu susulan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan pelakon, Ruhainies.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.