
JAKARTA – Dua pelajar lelaki sekolah menengah di Rote Ndao, wilayah Nusa Tenggara Timur mengundang perhatian orang ramai kerana pergi ke sekolah dengan menunggang kuda.
Kedua-dua mereka merupakan pelajar SMAN 1 Rote Barat Laut.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @tvoneofficial menunjukkan dua pelajar tersebut memasuki halaman sekolah sambil menunggang kuda.
Mereka terpaksa menunggang kuda kerana sukar untuk mendapatkan bahan api.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Demi belajar!” kata seorang netizen. – AGENSI
The post 2 pelajar tunggang kuda ke sekolah, sukar beli petrol appeared first on Kosmo Online.



