
GURUN – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini dan Yan meningkat kepada 105 orang setakat pukul 4 petang ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, kesemua mangsa daripada 38 keluarga itu ditempatkan di PPS Surau As Saadiah di sini dan Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi di Yan.
“Seramai 65 mangsa daripada 29 keluarga berlindung di PPS SK Teroi, manakala 40 lagi mangsa daripada sembilan keluarga berada di PPS Surau As Saadiah,” katanya hari ini.
Katanya, jumlah mangsa yang dipindahkan ke dua PPS itu menunjukkan trend peningkatan.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai 24 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS Surau As Saadiah selepas rumah mereka dilanda banjir pagi tadi.
Mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Kepala Bukit, Kampung Guar Nenas, Kampung Guar Stesen dan Kampung Sungai Bongkok.
Sementara itu, sebuah lagi PPS dibuka di SK Teroi, namun jumlah mangsa yang terjejas masih dalam proses bancian. – KOSMO! ONLINE
The post Jumlah mangsa bah di Kedah meningkat, 105 orang dipindahkan appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Rantai leher emas diragut ketika beli barang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-25-at-7.36.06-PM-e1792930995723-1024x883.jpeg)



