2 pencuri dihukum makan daun betik

21 Oct 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 2 pencuri dihukum makan daun betik

JAKARTA – Dua lelaki dihukum makan daun pokok betik selepas mereka ditangkap mencuri buah itu di sebuah kebun milik penduduk tempatan, lapor laman berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Desa Sei Mencirim, wilayah Sumatera Utara kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleg akaun @officiallambeturah menunjukkan dua pencuri terbabit dikepung oleh penduduk setempat. 

Tidak tahan dengan kehilangan buah betik yang terlalu kerap, warga setempat memaksa kedua-dua pencuri  untuk memakan daun pokok betik yang pahit. 

“Hukuman ini dikenakan kerana penduduk tempatan sudah muak dengan kes kecurian di kebun mereka,” kata seorang penduduk tempatan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 16,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Padan muka,” kata seorang netizen . – AGENSI

The post 2 pencuri dihukum makan daun betik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved