
JAKARTA – Seramai 37 pelajar berjaya diselamatkan selepas sampan dinaiki mereka terbalik dan dimasuki air di Kepulauan Mentawai, wilayah Sumatera Barat, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di perairan Selat Sikakap ketika pelajar dari SMA Negeri 1 PUS itu sedang menuju ke Sikakap kelmarin.
Bahagian kanan sampan dilaporkan patah semasa belayar, menyebabkan air masuk ke dalam bot, hilang keseimbangan dan akhirnya terbalik.
Beberapa nelayan yang berada di sekitar lokasi kejadian bergegas memberikan bantuan. Semua penumpang dipindahkan dalam keadaan selamat.
Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Kelas B Mentawai, Benteng Hilton Telaumbanua berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.50 petang (waktu tempatan).
Tiada kemalangan jiwa atau penumpang yang cedera, demikian menurut pasukan penyelamat.
Orang ramai terutama nelayan dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan semasa belayar seperti memakai jaket keselamatan, memeriksa keadaan kapal sebelum berlepas dan memantau cuaca bagi mencegah kemalangan di laut. – AGENSI
The post Sampan tiba-tiba patah, 37 pelajar terjatuh tengah laut appeared first on Kosmo Online.




