2 Penunggang Motosikal Melambung Dirempuh Kereta Di Kelantan Gara-gara Langgar Lampu Merah [Video]

Cars
29 Feb 2024 • 4:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Dua penunggang motosikal dilaporkan cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Simpang Paya Rambai, Kota Bharu.

Menerusi ciapan di akaun X @redzuanNewsMPB, kemalangan terbabit dilaporkan berlaku selepas kedua-dua penunggang motosikal itu melanggar lampu isyarat merah.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian, kelihatan kedua-dua penunggang terbabit bergerak menuju ke arah persimpangan jalan.

Bagaimanapun, ketika tiba di persimpangan jalan berkenaan, kedua-dua penunggang motosikal dilihat seakan tidak mengendahkan lampu isyarat merah dan tetap meneruskan perjalanan.

image is not available

Kereta dari arah kiri rempuh kedua-dua penunggang

Akibat itu, sebuah kenderaan yang datang dari arah kiri merempuh kedua-dua penunggang terbabit menyebabkan mereka melambung sebelum jatuh di atas jalan raya.

Difahamkan, lampu isyarat di lorong kenderaan berkenaan sedang berwarna hijau ketika kemalangan itu berlaku.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai insiden terbabit daripada pihak berkuasa.

Berita lanjut menyusul.

Source: