Remaja perempuan maut dalam kemalangan di Tanah Merah

28 Feb 2024 • 6:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta dari laluan bertentangan dekat Kampung Alor Pasir di Tanah Merah, pukul 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah (gambar) berkata kejadian yang berlaku di Kilometer 14 Jalan Tanah Merah-Lubok Jong dipercayai berpunca daripada sebuah kereta dari laluan bertentangan hilang kawalan di kawasan selekoh sebelum terbabas dan memasuki laluan yang digunakan mangsa.

“Siasatan awal mendapati kereta tersebut telah melanggar sisi kanan sebuah kereta lain dari laluan bersebelahan sebelum melanggar motosikal mangsa yang berada di belakang kenderaan terbabit.

Mangsa kemudiannya terjatuh di bahagian kanan jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ujian saringan air kencing dan sampel darah pemandu kereta terbabit telah dihantar ke Jabatan Kimia Kuala Terengganu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved