2 Pesawat Tentera Udara India Terhempas, Seorang Juruterbang Maut

28 Jan 2023 • 6:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pesawat Sukhoi-30 buatan Rusia (gambar) milik IAF itu dikatakan nahas bersama pesawat Mirage-2000. - Gambar AFP

NEW DELHI - Dua pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) dilaporkan terhempas di negeri Madhya Pradesh pada Sabtu, dan mengorbankan seorang juruterbangnya.

Nahas berlaku di daerah Morena melibatkan pesawat Sukhoi-30 dan Mirage-2000, menurut ciapan ketua menteri Shivraj Singh Chouhan di Twitter.

"Saya telah mengarahkan kerajaan tempatan untuk bekerjasama dengan Tentera Udara dalam operasi menyelamat dan bantuan segera," kata Chouhan.

Dua pesawat pejuang IAF yang terhempas berhampiran Gwalior itu sedang menjalankan operasi latihan penerbangan rutin, menurut tentera udara.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved