2 Rakyat Malaysia Cedera Terlibat Insiden Letupan B*m Di Narathiwat

29 Jun 2026 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

collage 12

Satu insiden letupan telah berlaku di bawah pembetung Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan berhampiran daerah kecil Tak Bai, Narathiwat, hari ini. Dua rakyat Malaysia cedera akibat terkena letupan di kawasan tersebut.

Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, dari Kelantan dan Muhammad Yusri Udin, 38, berasal dari Sabah. Mereka dipercayai berada di lokasi kejadian ketika letupan berlaku, sebelum segera menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha, berkata Abdullah Syarapi Abd Rahman mengalami kecederaan akibat serpihan bom di bahagian dahi, cedera serius pada kaki kiri serta kecederaan di kepala.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Muhammad Yusri Udin, dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan sedar ketika diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Narathiwat untuk menerima rawatan,”- katanya

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 11.45 pagi (waktu Thailand) di Kampung Phrai Wan, yang terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan tiga Sapom di Lebuhraya Narathiwat-Tak Bai.

Difahamkan kedua-dua mangsa sedang berada di dalam sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Proton X50 sebelum alat letupan buatan sendiri (IED) yang dipasang di bawah sebuah pembetung jalan meletup secara tiba-tiba.

news143453 dfcFEo05781782712249 1068x601 1

Susulan insiden berkenaan, pihak keselamatan yang melibatkan tiga agensi dilaporkan segera mengawal keadaan dengan mengepung kawasan kejadian serta menutup laluan sejauh kira-kira satu kilometer antara persimpangan Sapom dan kawasan pusingan U berhampiran sebuah kuari pasir.

“Pasukan Unit Pemusnah Bom (EOD) dan pegawai forensik turut dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Kenderaan berdaftar Malaysia yang dinaiki mangsa turut mengalami kerosakan akibat letupan itu,”– katanya lagi.

Beliau berkata, siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan pihaknya telah menerima maklumat mengenai insiden yang membabitkan rakyat Malaysia.

“Saya nasihatkan orang ramai agar menangguhkan seketika perjalanan ke Thailand,”- kata Datuk Mohd Yusoff Mamat

Sumber: Berita Harian 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved