2 Remaja Ditemui Meninggal Dunia Di Flat Terbiar, Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi

25 Jul 2026 • 10:08 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui maut di sebuah flat terbiar di Sungai Pari, berhampiran Buntong, Ipoh semalam.Difahamkan, kedua-dua mangsa yang juga rakan karib dan pelajar sekolah yang sama dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum ditemui tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan.Memetik kenyataan daripada Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin memaklumkan pihak polis belum menemui petunjuk ada penglibatan mana-mana pihak lain dalam kejadian tersebut.Image from: 2 Remaja Ditemui Meninggal Dunia Di Flat Terbiar, Polis Minta Orang Ramai Henti SpekulasiSusulan daripada itu, Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Dalam masa sama, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta mengingatkan orang ramai agar menghormati privasi keluarga dan tidak membuat spekulasi.

Image from: 2 Remaja Ditemui Meninggal Dunia Di Flat Terbiar, Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi

Sumber: Facebook Polis Perak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved