Didakwa ganggu teman wanita, tiga pelajar pukul remaja ditahan

25 Jul 2026 • 6:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Didakwa ganggu teman wanita, tiga pelajar pukul remaja ditahan

AMPANG JAYA – Gara-gara menganggu teman wanita salah seorang suspek dipercayai punca seorang pelajar lelaki dipukul dalam kejadian di kawasan tangga Flat Sri Nilam Ampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, kejadian tersebut dikesan menerusi hantaran video yang tular di Facebook hari ini.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 12.31 tengah hari semalam di mana mangsa dibawa ke kawasan bawah tangga sebelum dipukul oleh tiga pelajar lelaki.

“Suspek bertindak menampar muka serta menendang badan pengadu. Motif kejadian kerana menganggu teman wanita salah seorang suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata, siasatan mendapati kejadian dirakam oleh seorang pelajar dan disebarkan ke dalam kumpulan WhatsApp.

Katanya, ketiga-tiga suspek berusia bawah 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah seksyen 147/507B Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Didakwa ganggu teman wanita, tiga pelajar pukul remaja ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved