
TAWAU: Dua rumah jenis separuh kekal dilaporkan musnah dalam insiden kebakaran di Lorong 8A Mawar, Kg Budaya Pasir Putih Baru sekitar jam 12.30 tengah hari, pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.33 tengah hari menerusi MERS999.
AdvertisementMenurutnya, sepasukan 15 pegawai dan anggota bersama empat jentera dikerah ke lokasi sejauh sembilan kilometer (km) itu yang tiba jam 12.44 tengah hari.
"Kebakaran membabitkan dua rumah berkeluasan 30 x 60 kaki yang masing-masing terbakar 80 peratus dan 100 peratus.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Operasi pemadaman menggunakan dua aliran menerusi sumber air dari jentera dan pasukan berjaya mengawal api kebakaran dari terus merebak pada jam 1.05 petang,"katanya lagi.

