Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lahad Datu

15 Feb 2025 • 2:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Sebuah rumah kayu di Kampung Sarip, Jalan Silam, di sini, musnah dalam kebakaran pada malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.24 malam melalui MERS999.

AdvertisementSeramai 13 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan dua jentera bomba, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kenderaan EMRS.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu berukuran 25x25 kaki persegi.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Pasukan berjaya mengawal kebakaran jam 8 malam dan api dipadam sepenuhnya jam 8.10 malam,” katanya sambil menambah, rumah berkenaan musnah sepenuhnya.

Menurut Sumsoa, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Pihak polis turut berada di lokasi.

AdvertisementTambahnya, operasi ditamatkan selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di kawasan kejadian.