2 rumah teres, 4 kenderaan terbakar

27 Apr 2026 • 9:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran rumah dan kenderaan di sini pada Ahad.

PETALING JAYA – Dua rumah teres, tiga kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan SS 5D/6 di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 7.40 malam.

"Seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya serta bantuan BBP Damansara bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh lapan kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian, mendapati kebakaran melibatkan dua buah rumah teres kelas A.

“Sebuah rumah terbakar kira-kira 40 peratus manakala sebuah lagi terjejas sekitar 30 peratus," katanya.

Beliau berkata, selain itu, kebakaran turut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Axia yang terbakar 95 peratus, manakala Proton Preve dan Proton X50 masing-masing terbakar 50 peratus.

"Sebuah motosikal turut dilaporkan terbakar 95 peratus dalam kejadian tersebut. Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved