2 Tahun Ditutup Untuk ‘Renovate’, Netizen Nobatkan R&R Seremban Paling Cantik Di Malaysia

Entertainment
5 Mar 2024 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang sering menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk ke selatan, pastinya korang perasan yang Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan) yang telah ditutup selama 2 tahun bagi tujuan naik taraf.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, Insan Zakir telah berkongsi video keadaan terkini R&R Seremban yang telahpun dibuka kepada orang awam.

Menerusi video yang dikongsikan, ramai yang menyifarkan penutupan selama dua tahun berkenaan adalah ‘berbaloi’ kerana rekaan R&R Seremban kini lebih moden dengan ruangan yang lebih luas, pengudaraan yang lebih efisyen serta dilengkapi dengan kipas gergasi yang menyejukkan keseluruhan kawasan tersebut.

image is not available

Selain itu, rekaan fasiliti surau dan tandas di R&R Seremban itu turut mendapat pujian ramai kerana menggunakan konsep terbuka dan membenarkan pengudaraan yang lebih cekap.

Secara tak langsung konsep terbuka itu tidak menyebabkan surau berbau dan pengguna boleh menggunakannya dengan lebih selesa selain ruang solat yang besar dan membenarkan cahaya semula jadi untuk memenuhi ruangan surau berkenaan.

@insanzakir RnR paling cantik dekat Malaysia, cuma tulah banyak outlet belum open, nanti nak singgah lagi mana yang turun selatan tu singgah tau #rnrserembanselatan ♬ The Perfect Girl – Arabic Version – YAD Oud

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga yang memuji fasiliti di kawasan rehat tersebut yang menitikberatkan ciri mesra OKU.

Paling penting, selain mempunyai ruang tempat duduk yang lebih selesa dan banyak, setiap tempat duduk ini difahamkan mempunyai plug elektrik bagi tujuan pengguna untuk mengecas gajet.

image is not available

Hantaran video tersebut ternyata meraih perhatian ramai yang mana rata-rata memuji ‘rupa’ baharu kawasan rehat tersebut yang lebih cantik dan selesa berbanding sebelumnya. Secara tidak langsung, ramai pengguna sudah tidak sabar dan ingin singgah di sana tidak lama lagi.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article