2 Tahun 'Hiatus', Akhirnya Domino’s Ssamjeang Pizza Buat Comeback! Lebih Pedas & Berapi!

Food
18 Jul 2022 • 12:37 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Setelah dua tahun ‘hiatus’, akhirnya piza yang disukai ramai buat comeback! Piza Domino’s gaya Korea Ssamjeang Pizza yang dulunya menjadi kegilaan ramai kini kembali dengan rasa yang lebih pedas dan sudah tentunya lebih lazat!

image is not available

Untuk ‘comeback’ kali ini, Domino’s telah mengambil masa selama 6 bulan dalam usaha untuk memastikan daging yang digunakan cukup lembut dan lebih ‘juicy’ demi meningkatkan lagi rasa keenakan Ssamjeang ke satu tahap yang lebih tinggi!

image is not available

Lebih menarik, Ssamjeang Pizza yang dikeluarkan untuk masa terhad ini, datang dengan 3 perisa yang baharu!

image is not available

Perisa pertama adalah Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza. Hirisan daging Bulgogi yang dilengkapi dengan beberapa sayuran seperti tomato ceri, bawang dan paling utama sudah tentu sos Ssamjeang yang cukup berapi dan pedas! Pada gigitan pertamanya sajaha anda sudah boleh merasai kepedasannya! Antara ketiga-tiga perisa, perisa ini adalah yang paling pedas!

image is not available

image is not available

Perisa yang kedua dan ketiga pula lebih sesuai untuk anda yang sukakan satu hidangan yang tidak terlalu pedas iaitu Ssamjeang Chicken Piza and Ssamjeang Tuna Piza. Selain dari isi topping yang terdiri daripada ayam dan ikan tuna, dengan adanya sos krim bawang mampu mengurangkan rasa pedas sos ssamjeang yang turut melengkapi kedua-dua piza ini.

image is not available

image is not available

Tak lengkap rasanya set hidangan piza Korea dari Domino’s ini tanpa hidangan sampingan yang baru! Menambahkan lagi citarasa Korea, Domino’s menawarkan ayam yang disaluti sos pedas Ssamjeang iaitu Ayam-Haseyo!

image is not available

Untuk anda yang berjiwa berani dan sukakan cabaran, anda boleh join 'The Ssamjeang Heat Challenge' yang bakal dilancarkan di restoran Domino’s terpilih sekitar Lembah Klang, sebelum diperluaskan ke negeri lain. Maklumat lanjut tentang cabaran ini bakal dikongsikan melalui platform media sosial Domino’s Pizza.

image is not available

Jadi tunggu apa lagi? Jom dapatkan Ssamjeang Piza dan Ayam-Haseyo di Domino’s Pizza seluruh Malaysia atau anda boleh melakukan pembelian di atas talian! Untuk lebih penjimatan, nikmati juga tawaran Domino's Everyday Value Buy 1 Get 2, penghantaran percuma atau bawa pulang.

Selain itu, dapatkan juga piza personal dengan harga serendah RM5 sahaja, atau nikmati tawaran diskaun piza sepanjang tahun sebanyak 50%! Untuk pembelian atau maklumat lanjut anda boleh layari https://www.dominos.com.my/