Gelabah Cabut Tinted Kereta, Gelagat Lelaki Limbang Jumpa Roadblock Ini Buat Netizen Berdekah

15 Jul 2022 • 3:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mesti ramai yang boleh relate, kan?

Gelabah Cabut Tinted Kereta, Gelagat Lelaki Limbang Jumpa Roadblock Ini Buat Netizen Berdekah. Tinted cermin kereta atau cermin gelap kereta sudah menjadi suatu keperluan untuk kebanyakan pemilik kereta untuk pemanduan yang lebih selesa dan selamat.

Tetapi adalah suatu kesalahan sekiranya anda tidak mengikut peraturan penggunaan tinted cermin kereta berdasarkan ketetapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

image is not available
Tangkapan layar dari Tiktok @nashnina

“Nasib tinted diy baru rm12, kena tinted kedai nangis tak berlagu” -netizen

Lelaki di Limbang ini telah kongsi satu video di laman akaun Tiktoknya apabila pemandu kenderaan ini gelabah untuk mencabut tintednya yang gelap apabila lihat JPJ membuat sekatan jalan raya di hadapan.

Pemilik akaun Tiktok iaitu @nashnina memuat naik video berdurasi 21 saat ini telah menarik perhatian netizen dan meraih sebanyak 2.9 juta kali tontonan dan 160.7k tanda suka di laman Tiktok. Tonton video di bawah:

image is not available
Gelabah Cabut Tinted Kereta, Gelagat Lelaki Limbang Jumpa Roadblock Ini Buat Netizen Berdekah

Pemandu tu pun terus kelam kabut cabut tinted kereta

Menerusi video yang dikongsikan individu ini, kelihatan seorang lelaki menanggalkan tinted gelap dari cermin kereta yang dipandunya. Menurut pemilik video berkenaan, terdapat sekatan JPJ di hadapan jalan menyebabkan rakannya cuak dengan situasi itu.

Pada masa yang sama, lelaki itu juga dilihat gelabah mencabut tinted dari cermin keretanya. Situasi itu kelihatan lucu dan menggelikan hati, pemandu di dalam kereta telah menarik perhatian dan membuat netizen berdekah melihat gelagat lelaki tersebut.

image is not available

Meninjau ruangan komen, rupanya ramai yang boleh relate dengan gelagat abang ni, ada yang geli hati, ada juga yang siap bagi tips kalau jumpa JPJ lagi tuimage is not available

image is not available
Gelabah Cabut Tinted Kereta, Gelagat Lelaki Limbang Jumpa Roadblock Ini Buat Netizen Berdekah

“Satisfying betul!” Netizen puas hati lihat polis buat roadblock mengejut untuk tahan kenderaan yang guna laluan motosikal. Baca sepenuhnya di pautan di bawah: