“2 tahun kami tunggu” – Wanita Buat ‘Surprise’, Tunjuk Test Kehamilan Dekat Suami & Keluarga

Entertainment
12 Jul 2024 • 5:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi pasangan suami isteri yang sudah lama mencuba untuk mendapatkan zuriat, pasti mereka ternanti-nanti bilakah giliran mereka diberikan rezeki tersebut. Namun, semua ini bergantung kepada aturan Tuhan yang menetapkan waktu yang sesuai untuk hamba-Nya.

Satu video perkongsian oleh @syirakamanshah di TikTok, memaparkan momen yang pasti tidak dapat dilupakan apabila dia membuat kejutan ujian kehamilan kepada suami dan keluarganya.

2 tahun tunggu zuriat

Ketika Syira menunjukkan ujian kehamilan yang bertanda ‘dua garis’ itu kepada suami, kedua-dua mereka tidak dapat menahan sebak kerana gembira dan terharu dengan berita baik itu. Berkali-kali suaminya bertanya kepada Syira tentang perkara itu adakah ia benar ataupun tidak.

Bersyukur atas rezeki tersebut, Syira dan suami berpelukan serta memujuk antara satu sama lain. Selain membuat surprise kepada suami, Syira turut membawa berita gembira itu kepada kedua-dua orang tuanya.

Berkat usaha dan izin Allah, Syira akan mendapat zuriat yang pertama setelah dua tahun penantian. Kata Syira di ruangan kapsyen, dia juga diuji dengan sindrom kesuburan yang dipanggil PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) yang menyukarkan wanita untuk hamil.

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, 2 tahun lebih kami menunggu buah hati pertama kami hadir dalam rahimku. Kita PCOS, diet.. senaman, melekat..

@syirakamanshah

Alhamdulillah. Dengan izin Allah…2 tahun lebih kami menunggu buah hati pertama kami hadir dalam rahimku…kite PCOS…diet… exercise… melekat. Saya doakan anda semua dikurniakan zuriat yang soleh & solehah Alhamdulillah #ttc #ttcjourney #pcosfighter #firstbaby @SK Diecast

♬ original sound – Syirakamanshah – Syirakamanshah

Bagaimanapun, Syira mendoakan pengguna TikTok lain yang sudah lama menunggu zuriat agar diberi peluang untuk menjadi ibu bapa suatu hari nanti.

Saya doakan anda semua dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Alhamdulillah..

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu lalu mengucapkan tahniah kepada Syira dan suami.

image is not available

Sebaknya tengok video ni..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.