Seorang gadis, berpakaian kebaya turut mengambil bahagian dalam Program Keretapi Sarong, yang diadakan bersamaan sambutan Hari Malaysia di ibu kota hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Program Keretapi Sarong kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO yang dimulakan sekitar 2012 diadakan lagi tahun ini, selepas dua tahun tergendala susulan penularan COVID-19.
Kali ini ia diadakan dengan tema 'Retro Kuala Lumpur' dan sambutannya amat menggalakkan.
Setiap kali program itu diadakan, lokasi akhirnya dirahsiakan dan tahun ini, tujuh stesen terpilih untuk berkumpul serta bergerak ke lokasi yang ditetapkapkan.
Jurufoto Azim Rahman meninjau kemeriahan program Keretapi Sarong 2022 .
Kanak-kanak ini turut mengambil bahagian bersama bapanya dalam Keretapi Sarong 2022 .
Keretapi Sarong 2022 diadakan semula selepas selepas 2 tahun tergendala susulan penularan COVID-19.
Program Keretapi Sarong, kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO dimulakan sekitar 2012 lalu.
Program Keretapi Sarong ini melibatkan peserta yang menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat dan pakaian tradisional.
Persembahan akan bermula serentak di 7 stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL) dengan diketuai kumpulan sukarelawan menuju ke lokasi akhir yang dirahsiakan.
Keretapi Sarong adalah satu acara unik yang mengetengahkan pemakaian sarong dan pakaian tradisional.
Keretapi Sarong kembali pada tahun ini, dengan penuh meriah bersamaan sambutan Hari Malaysia.
Keretapi Sarong ini bertujuan menyatukan menyatukan semua rakyat Malaysia.
Program Keretapi Sarong tahun ini diadakan dengan tema 'Retro Kuala Lumpur' .