Meriah Hujung Tahun Ini Bersama Seisi Keluarga, Ketahui 5 Acara Menarik Di Kuching

14 Sep 2022 • 3:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lagi acara menarik bakal berlangsung di Kuching!

Meriah Hujung Tahun Ini Bersama Seisi Keluarga, Ketahui 5 Acara Menarik Di Kuching. Sebelum ini kami sudah menyenaraikan 5 event menarik yang telah diadakan di Kuching. Dan kali ini, kami telah menyenaraikan lagi 5 acara yang menarik bakal berlangsung pada bulan ini hingga hujung tahun ini.

Dan buat anda yang ke Kuching hujung tahun ini, bolehla singgah untuk memeriahkan lagi acara ini!

image is not available
Meriah Hujung Tahun Ini Bersama Seisi Keluarga, Ketahui 5 Acara Menarik Di Kuching

1. What About Kuching WAK

Festival What About Kuching ini adalah program pelancongan hiburan menampilkan keunikan negeri Sarawak dalam pelbagai jenis acara dan genre. Ianya adalah salah satu acara pelancongan hiburan terulung Sarawak dan bakal berlangsung di Bandaraya Kuching.

Festival What About Kuching 2022 (WAK2022) ini akan diadakan sepanjang bulan Oktober akan datang. Ini adalah peluang terbaik untuk masyarakat terutama pelancong untuk mengalami sendiri kebudayaan dan warisan di Sarawak sambil menikmati persembahan muzik, teater dan kesenian moden mahupun tradisional termasuk kulinari.

image is not available
Meriah Hujung Tahun Ini Bersama Seisi Keluarga, Ketahui 5 Acara Menarik Di Kuching

2. Kuching Jazz Festival

Kuching Jazz kembali lagi dengan edisi keempat dan menjanjikan barisan artis yang lebih hebat, dan salah satunya ialah Afgan, artis mempunyai peminat yang cukup besar di Malaysia dan juga peminat muzik genre jazz tempatan di Sarawak.

Beberapa penyanyi dan artis terkenal tanah air juga akan membuat persembahan pada muzik festival selama dua hari itu selain persembahan daripada artis dan kumpulan pemuzik dari Singapura, Australia, dan Thailand.

 Festival Jazz Kuching 2022 ini bakal diadakan di Tebingan Sungai Kuching pada 28 dan 29 Oktober ini.

image is not available
Sumber gambar: Facebook

3. Pesta Tasik Biru Bau

Dalam acara ini akan ada pelancaran Jambatan Gantung Tasik Biru, pertunjukan kebudayaan, pelbagai persembahan, pelbagai peraduan dan pertandingan, perhimpunan oleh pelbagai kelab, jualan produk dan gerai pameran oleh pelbagai agensi.

Pesta Tasik Biru Bau akan diadakan pada 22 September hingga 2 Oktober ini.

image is not available
Sumber gambar: sarawaktourism.com

4. Sarawak International Dragon Boat Race

Sarawak International Dragon Boat Race ialah acara sukan air yang penting dalam kalendar acara pelancongan Sarawak.

Acara Sarawak International Dragon Boat Race akan diadakan di Kuching Waterfront dari 28 hingga 30 Oktober ini.

image is not available
Sumber gambar: Borneotalk

5. Sarawak Regatta

Highlight untuk acara Sarawak Regatta ini adalah semua pesaing yang mengikuti pertandingan lumba perahu ini bakal bersaing untuk mendapatkan trofi Raja Sungai. Yang bakal hadir untuk acara ini adalah Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Terdapat juga Festival Gendang Melayu Sarawak, festival muzik dan tarian asal Sarawak, ‘Waterfront Idol’, persembahan pentas rumah teater Sarawak, konsert ‘Sounds of Borneo’ dan Kids Talent Night.

Sarawak Regatta akan diadakan di Kuching Waterfront pada 28 Oktober hingga 6 November ini.

image is not available
Sumber gambar: Borneotalk

Ketahui juga tempat makan yang menarik di Kuching! Baca pautan di bawah: