2 Termasuk Remaja Lelaki Maut Kereta Terjunam Dalam Gaung

LocalCars
10 Oct 2025 • 6:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar IPD Kajang

KUALA LUMPUR - Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 301.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dekat Kajang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan pada 1.45 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki empat individu itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung.

"Akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan iaitu seorang pekerja swasta berusia 23 tahun dan penumpang lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata dua lagi penumpang iaitu seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an cedera pada kaki dan tangan serta dibawa ke Hospital Serdang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Narolhisyam Endi melalui talian 019-5897115. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved