20 kawasan catat IPU tidak sihat, Sri Aman hampir cecah 200

LocalEnvironment
28 Aug 2026 • 10:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 20 kawasan catat IPU tidak sihat, Sri Aman hampir cecah 200

PETALING JAYA – Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9.58 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia Jabatan Alam Sekitar, Sri Aman, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 195, diikuti IPD Serian, Sarawak dengan 173.

Selain itu, Cheras, Kuala Lumpur pula mencatatkan IPU 159, diikuti Seberang Perai, Pulau Pinang (157), Minden, Pulau Pinang (156) dan Taiping, Perak (155).

Turut berada pada tahap tidak sihat adalah Johan Setia, Selangor dengan bacaan 154, Sarikei, Sarawak (153), manakalaa Sungai Petani, Kedah, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Batu Muda, Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 152.

Selain itu, Putrajaya merekodkan bacaan 151 diikuti dengan Tasek Ipoh, Perak dengan bacaan 137, Petaling Jaya, Selangor (130), Miri, Sarawak (120), Kuching, Sarawak (114), Seri Manjung, Perak (113), Seremban, Negeri Sembilan (108) dan Alor Setar, Kedah (103).

Sementara itu, 46 kawasan lagi menunjukkan bacaan IPU sederhana, iaitu antara 51 hingga 100.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 adalah berbahaya. – KOSMO! ONLINE

The post 20 kawasan catat IPU tidak sihat, Sri Aman hampir cecah 200 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved