
PETALING JAYA – Kualiti udara di beberapa kawasan di seluruh negara terus membimbangkan apabila Sri Aman, Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat pukul 2.11 petang ini.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia, Sri Aman mencatatkan bacaan IPU 211, sekali gus menjadi satu-satunya kawasan berada pada kategori sangat tidak sihat.
Dalam pada itu, sebanyak 21 kawasan merekodkan bacaan tidak sihat dengan IPU antara 101 hingga 200.
IPD Serian, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori itu iaitu 182, diikuti Cheras, Kuala Lumpur (160), Sarikei, Sarawak (159), Seberang Perai dan Minden, Pulau Pinang masing-masing 158 serta Kuching, Sarawak (157).
Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Taiping, Perak (155), Sungai Petani, Kedah dan Seberang Jaya, Pulau Pinang masing-masing 154, Batu Muda, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Johan Setia, Selangor masing-masing 152.
Alor Setar, Kedah pula mencatatkan IPU 151, Tasek Ipoh, Perak (150), Putrajaya (147), Petaling Jaya, Selangor (126), Bintulu, Sarawak (120), Miri, Sarawak (116), Seremban, Negeri Sembilan (114), Tanjung Malim, Perak (104) dan Sibu, Sarawak (101).
Sementara itu, sebanyak 44 kawasan lagi mencatatkan bacaan sederhana, iaitu IPU antara 51 hingga 100.
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya. – KOSMO! ONLINE
The post IPU Sri Aman sangat tidak sihat, kini cecah 211 appeared first on Kosmo Digital.





