
PETALING JAYA – Sebanyak 20 kawasan termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat pukul 12 tengah hari ini.
Menerusi kemas kini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi 180, diikuti Larkin (175), Kota Tinggi (168), Sri Aman, Sarawak (167), Pengerang (166), Bandaraya, Melaka (161) dan Batu Pahat (161).
Seterusnya, Balok Baru, Kuantan di Pahang (161), Bukit Rambai (160), Rompin (158), Tawau, Sabah (155), IPD Serian (155), Seremban, Negeri Sembilan (154), Nilai (153), Kluang (153), Tangkak (152), Alor Gajah (151), Putrajaya (138), Segamat (134) dan Kemaman, Terengganu (107). – KOSMO! ONLINE
The post 20 kawasan tidak sihat, Pasir Gudang paling tinggi jerebu appeared first on Kosmo Online.





