Sekolah di Sabah ditutup jika IPU melebihi 150 tiga hari berturut-turut – SKN Sabah

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 8:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sekolah di Sabah ditutup jika IPU melebihi 150 tiga hari berturut-turut – SKN Sabah

KOTA KINABALU: Semua sekolah di Sabah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut akan diarahkan tutup sementara bagi melindungi kesihatan murid dan guru daripada kesan jerebu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman berkata keputusan itu diputuskan sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang semakin membimbangkan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, langkah berkenaan turut selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan (KPM) susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, semua sekolah di daerah Tawau diarahkan tutup mulai esok berikutan bacaan IPU di kawasan berkenaan melebihi 150.

Hari ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dilaporkan berkata penutupan dilakukan membabitkan semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, selain daerah Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Di Sarawak, penutupan turut membabitkan sekolah di daerah Serian, Sri Aman dan Lubok Antu.

Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan, manakala guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah.

Turut dilaporkan sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat pukul 3 petang, sekali gus mencetuskan langkah pencegahan bagi mengurangkan pendedahan murid dan warga sekolah kepada udara tercemar. – UTUSAN

The post Sekolah di Sabah ditutup jika IPU melebihi 150 tiga hari berturut-turut – SKN Sabah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved