
PONTIAN – Sebanyak 20 rumah di Kampung Parit Pasir, Pekan Nanas di sini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira pukul 3.10 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian berkata, selain Kampung Parit Pasir, beberapa kawasan lain turut terjejas akibat hujan lebat yang menyebabkan air bertakung di kawasan rendah.
“Tiada bacaan air direkodkan kerana air telah surut selepas laluan air dibuka menggunakan sebuah jentera JCB di Kampung Parit Pasir.
“Bagaimanapun, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.
Menurutnya, keadaan bagaimanapun masih dipantau dari semasa ke semasa berikutan cuaca di sekitar Pontian masih mendung.
Orang ramai di kawasan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa sekiranya berlaku peningkatan paras air.-KOSMO! ONLINE
The post 20 rumah dilanda banjir kilat di Pekan Nanas appeared first on Kosmo Online.



