Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Hingga Awal Pagi

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 10:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Hingga Awal Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah diramal hujan.

"Di Kelantan, daerah yang diramal hujan adalah Gua Musang dan Kuala Krai. Manakala di Terengganu pula Hulu Terengganu, Dungun, Marang, Kemaman, Besut dan Setiu.

"Selain itu, hanya daerah Jerantut sahaja diramal hujan di Pahang.

"Bagi Sabah pula, kawasan yang diramal hujan adalah Pantai Barat (Ranau), Pedalaman (Tambunan, Sook, Keningau, Tenom dan Sipitang), Sandakan," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved