20 tahun membawa suara rakyat

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 20 tahun membawa suara rakyat
Hannah (kanan) menyifatkan perjalanan dua dekad Sinar Harian sebagai satu pencapaian yang mencerminkan komitmen akhbar itu dalam membina kepercayaan masyarakat, menyampaikan berita dan mempertahankan kebenaran.

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyifatkan perjalanan dua dekad Sinar Harian sebagai satu pencapaian yang mencerminkan komitmen akhbar itu dalam membina kepercayaan masyarakat, menyampaikan berita dan mempertahankan kebenaran.

Menurutnya, di sebalik setiap laporan yang diterbitkan, terdapat wartawan, editor dan warga kerja yang berusaha memastikan masyarakat bukan sahaja mengetahui sesuatu peristiwa, malah memahami konteks serta kepentingannya.

Beliau berkata, media yang bertanggungjawab bukan sekadar mencerminkan keadaan negara, sebaliknya berperanan menyuluh perkara yang cuba disembunyikan, menjadi suara kepada golongan yang jarang didengari serta menghubungkan rakyat dengan pihak yang memegang amanah.

"Media berhak bertanya, manakala kerajaan bertanggungjawab memberikan jawapan.

"Dalam demokrasi, perbezaan pandangan bukan kelemahan. Sebaliknya, ia mengukuhkan sistem apabila semua pihak berpandukan fakta dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Sinar Harian sempena ulang tahun ke-20 akhbar itu.

"Teruskan menulis dengan keberanian, bertanya dengan ketegasan dan melaporkan dengan integriti serta hati nurani.

"Teruskan menjadi suara rakyat, hari ini dan pada masa hadapan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved