20 Tahun Tak Pernah Keluarkan Simpanan, Hasil Jual Kuih Bawa Ke Tanah Suci

3 May 2026 • 12:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

20 Tahun Tak Pernah Keluarkan Simpanan, Hasil Jual Kuih Bawa Ke Tanah Suci

20 Tahun Tak Pernah Keluarkan Simpanan, Hasil Jual Kuih Bawa Ke Tanah Suci

Menunaikan haji adalah impian setiap umat Islam. Namun, tidak semua orang dikurniakan rezeki dan peluang dengan mudah. Bagi sesetengah individu, perjalanan ke Mekah menuntut kesabaran, pengorbanan dan kegigihan yang tinggi.

Itu yang dilalui oleh pasangan warga emas, Mustafa Yunus dan Siti Rohani yang menyimpan duit di dalam Tabung Haji hasil daripada jualan kuih.

Simpan duit hasil jual kuih

Pasangan yang berusia 64 tahun itu berkata mereka sudah lama menanam impian untuk menunaikan haji, tetapi baru tahun ini mendapat panggilan dan rezeki untuk ke sana.

Berkongsi kisah mereka kepada SK, Rohani memaklumkan bahawa dia menjual kuih untuk membantu menampung pendapatan keluarganya.

Image from: 20 Tahun Tak Pernah Keluarkan Simpanan, Hasil Jual Kuih Bawa Ke Tanah Suci

Namun, duit hasil jualan itu juga sedikit demi sedikit disimpan di dalam Tabung Haji.

"Suami seorang yang kerja, saya tak kerja. Nak bagi makan dekat enam orang, ditambah lagi dengan kos untuk anak istimewa saya.

"Jadi simpan duit sikit demi sikit. Duit yang disimpan itu hasil dari buat kuih juga.

"Suami pun ada tambah-tambah juga. Bila dah lama dan anak pun dah besar, dividen Tabung Haji pun dapat," katanya.

Image from: 20 Tahun Tak Pernah Keluarkan Simpanan, Hasil Jual Kuih Bawa Ke Tanah Suci

Menurutnya, selama 20 tahun mereka menabung, tidak pernah sekali pun duit itu dikeluarkan dan akhirnya ia boleh digunakan untuk tunaikan haji pada tahun ini.

"Masa kemas kini hari tu, petugas Tabung Haji kata 20 tahun mak cik tak pernah keluarkan.

"Duit itu cukup-cukup untuk pergi haji," kongsinya.

Baca juga:

Cekal demi anak-anak

Perjalanan Rohani bukan mudah, selain diuji dengan anak istimewa yang kini berusia 38 tahun, dia juga disahkan menghidap kanser.

Dia tetap cekal dan berusaha untuk terus kuat di depan anak-anaknya

"Masa doktor kesan ada kanser, saya kalau boleh memang tak nak menangis depan anak.

"Saya takut mereka rasa down tapi saya sebenarnya menangis di belakang," ujarnya.

Dalam pada itu, dia bersyukur kerana suaminya sentiasa ada di sisi walaupun kehidupan mereka sentiasa dihujani dengan ujian.